♥Iklan Bersama Cik Dara♥

A-Z TENTANG LELAKI..

Saturday, November 21, 2009



Ada mengatakan lelaki itu, ini, sana, situ ego dan bla..bla.bla..Maka sblm dikakatan lelaki itu ego, mari kita kaji mahkluk spesis lelaki ni dari A-z.. Ini adalah sifat yang ada dalam diri individu bergelar lelaki dari A to Z. Lepas ni mereka tak boleh nak kelentong kamu lagi kan?

A – ALA-ALA
Agak mengelirukan sedikit bila ada yang dikategorikan dalam kelompok
‘ala-ala’ ini. Gaya dan perlakuannya agak mencurigakan..bukan apa, bila ada lelaki yang kita anggap tergolong dalam kelompok ini sering kita anggap mereka itu adalah lelaki lembut atau istilah ‘adik-adik’. Walau begitu, tak semestinya lelaki ala-ala ini tidak berperasaan terhadap perempuan. Ingat tu! Memang perwatakan mereka itu kelihatan agak lembut, namun hakikatnya mereka mempunyai hati dan perasaannya yang sama seperti lelaki2 gagah yang lain! Ada perasaan untuk memiliki teman wanita sendiri.

B – BOHJAN

Tidak! Tidak! Tidak! Kategori yang paling ditakuti… masalah sosial yang hangat menular masyarakat kita khususnya golongan remaja masa kini. Harus diingat, lelaki sebegini mengharapkan cinta semata2 demi memenuhi nafsunya sendiri dan bukan kerana cinta! Awas!

C – CEMBURU

Cemburu tandanya sayang, tapi kalau sudah keterlaluan itu cemburu buta namanya! Boleh dikatakan kebanyakan kaum lelaki di zaman sekarang ini, masing2 mengamalkan sikap mengongkong ini wujud kerana adanya syak wasangka dan tidak yakin terhadap pasangannya yang secara tidak langsung turut menimbulkan rasa cemburu yang keterlaluan dalam dirinya. Kebanyakan wanita takkan tahan dengan sifat cemburu ini! Rimas la…

D – DUGONG

Lepas makan tidur! Bila diajak keluar… ha, macam2 alasan yang diberikan. Tak sihatlah! Panaslah! Banyak kerjalah! Hakikatnya pemalas! Malang bagi wanita yang mempunyai kekasih yang tergolong dalam kategori ini. Si dia tentunya sukar di ajak keluar sebaliknya sering menghabiskan masanya dengan memerap di rumah sambil menonton televisyen atau tidur!

E – EMAS

Jeng! Jeng! Jeng! Pepatah ada menyebut kelapa…kalau lagi tua lagi banyak santannya ha, jangan ingat lelaki veteran tiada peminat. Sebaliknya, ada segelintir kita yang menganggap lelaki yang tergolong dalam kategori warga emas ini memiliki pengalaman yang lebih dari segala segi. Secara tak langsung, pasangannya akan berasa yakin dan selamat setiap kali berdampingan dengan lelaki emas ini! Lebih2 lagi sekiranya si lelaki itu bijak bermain2 dengan kata2! Lagi mudah nak buat perempuan cair!

F – FIDOFILIA

Harapkan pagar, pagar makan padi! Mintak dijauhi dari ditemukan dengan lelaki yang sedemikian. Individu ini sering menyimpan perasaan sayang yang keterlaluan terhadap pasangannya yang jauh lebih muda dari usianya. Memang bahaya lelaki jenis ini! Sifat luar biasa yang wujud dalam dirinya membahayakan individu lain yang berada di sekelilingnya! Kerana wujudnya lelaki sebeginilah maka terjadinya kes-kes rogol terhadap kanak2!

G – GIGOLO

Ganas bunyinya! Sering menjadi buruan warga emas wanita khususnya yang berada. Hubungan terjalin hanya ingin memenuhi tuntutan materialistic dalam diri semata2. Sanggup mengggadaikan maruah untuk mengecap kemewahan dan kesenangan sekelip mata.

H – HIPOKRIT

Depan lain, belakang lain! Spesies sebegini memang perlu dijauhi. Kalau nak kenal individu yang dikategorikan dalam kategori ini mudah sahaja! Mereka bijak berkata2… pendek kata mulutnya memang sentiasa manis! Hakikatnya, segala kata2 yang terhambur dari mulutnya itu tidaklah semanis seperti yang digambarkan! Depan kita, pijak semut pun tak mati tapi bila di belakang kita… hanya Tuhan yang tahu! Sebaiknya selidik dahulu latar belakang lelaki itu sebelum kamu tekad untuk mengambil sesuatu keputusan.

I – INTELLIGENT

Berpendidikan dan serba tahu! Mungkin ada yang mengandaikannya sebagai professor serba tahu. Ceritalah walau dalam linkungan topik apa pun, dia tentu bijak berbual… tapi ada kalanya perlu berhati2 juga kerana adakalanya perasaan ego dan berlagak tahu menjadikan mereka antara yang angkuh! Bukan dengki, tapi hakikat dalam kehidupan… macam itulah! Bila ada kelebihan dalam diri, segelintir manusia seakan mudah lupa diri. Sifat ego, pasti ada dalam diri setiap individu… kalau tak banyak pun pasti ada sedikitkan?

J – JAMBU

mmm… boleh tahan ayu juga mamat ini. Eh, betul ke macam tu! Tak sesuai tau! Memang wujud lelaki jenis yang sedemikian. Lelaki jambu dikategorikan sebagai lelaki lembut! Penampilannya kadang2 agak tampan seakan seorang perempuan. Namun ada kelebihannya lelaki sebegini kerana penampilannya sering kelihatan rapi dan kreatif orangnya. Namun seperti lelaki ala-ala, jangan sangka lelaki jambu tiada perasaan pada perempuan kerana mereka adalah lelaki sejati!

K – KAKI KENCING

Minta dijauhi dari ditemukan denga lelaki yang sedemikian perangainya! Pelbagai janji yang ditaburkan, tapi tiba masanya untuk melaksanakannya, hmm… faham-faham sendirilah! Kesimpulannya di sini, jangan terlalu mudah memberi kepercayaan kepada seseorang. Kalau terus melayan lelaki yang kaki kencing ini alamatnya meranalah kita nanti!

L – LOYA BURUK

Bercita-cita nak jadi peguam tapi tak berkesempatan kerana taraf pendidikan yang tak mengizinkan. Ha, kemudian jadi loya buruklah dia! Individu yang tergolong dalam kategori ini memang sukar untuk serius, tak kiralah walau dalam apa jua keadaan sekalipun! Selalunya mereka kerap menjadi penglipur lara yang gemar membuat lawak silap2 hari bulan, kerana loya buruknya itu, boleh buat gaduh tau!

M – MACHO

Wah! Jejaka macho menjadi idaman setiap wanita. Perwatakan yang cool dan steady pasti menjadi perhatian setiap wanita. Ada kalanya lelaki macho sering mempergunakan kelebihan yang ada dalam dirinya untuk memikat perempuan… tak hairanlah jika dia memiliki lebih dari seorang teman wanita. Namun ramai yang berpendapat, tak semestinya lelaki macho itu tampan!

N – NANGIS

‘Sememah la mamat ni! Sikit2 nangis! Macam perempuan lah’. Mungkin hatinya selembut sutera. Mudah tersentuh bila terguris. Mungkin boleh dikategorikan sebagai mat jiwang kot! Namun harus berhati2 juga kerana mungkin mamat tu berlakon sahaja. Sekadar untuk meraih sinpati! Awas, jangan mudah terpedaya!

O – OPSS…

Turut dicurigai! Lelaki dalam kategori ini dipercayai sukar memikul tanggungjawab dan gemar melepaskan diri sendiri! Bijak memberi alasan demi untuk melepaskan diri sendiri sehingga sanggup menyusahkan orang yang disayanginya itu.

P – PERASAN

‘Akulah yang paling hensem kat sini.’ Kalau dah namanya perasan, sememangnya telah tertulis di mindanya bahawa dialah yang terbaik! Kalau berada di mana2, khususnya di khalayak ramai tentu dia beranggapan semua orang yang berada di sekelilingya itu kerap memerhatikannya. Hinggakan jika ada sesiapa yang cuba menegur atau berbual dengannya pasti dianggap telah jatuh hati dengannya.

Q – QUALITY CONTROL

Semuanya nak ‘perfect’ baik dari segi penampilannya mahupun apa jua perkara yang dilakukannya. Kualiti adalah yang paling penting bagi dirinya! Memang bagus jika bertemu dengan spesies jejaka yang sebegini namun mungkin sukar untuk dirinya mendapat teman istimewa sendiri! Sudah tentu individu yang tergolong dalam kategori ini agak ‘high taste’!

R – RILEKS

‘Cool’ dan tenang walau dalam apa jua keadaan. Lelaki sebegini bijak mengawal perasaannya dan mampu menenangkan individu lain dengan mudah. Bertuah jika mengenali lelaki rileks ini kerana sesuatu keputusan yang dibuat bukan dengan cara yang terburu2 sebaliknya dia akan berfikir panjang sebelum bertindak!

S – SYOK SENDIRI

Kes berat ni! Syok sendiri dikhuatiri bakal menimbulkan sifat perasan. Lebih2 lagi sekiranya ia melibatkan hati dan perasaan individu lain. Mereka yang bersikap syok sendiri ini harus bijak mengawal perasaannya sendiri kerana bimbang sekiranya dia sanggup melakukan apa sahaja untuk memenangi hati wanita yang diminatinya itu…sedangkan dia hanya syok sendiri! Hal ini bakal menyusahkan orang lain pula.

T – TULEN

Lelaki sejati turut menjadi idaman ramai gadis di luar sana. Lelaki tulen sudah tentu memiliki karakter yang berkarisma. Biarpun dia tidak memiliki rupa paras yang terlalu kacak. Namun sikap kelakiannya itu sudah cukup untuk memikat gadis2 di luar sana.

U – UNIVERSAL

Sikap terbuka dan sedia menerima, menjadikan dirinya seorang lelaki yang yang disenangi dan mudah didekati. Selalunya, lelaki yang tergolong dalam kategori ini mudah untuk mendapat teman kerana bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan. Lebih menarik, lelaki universal ini tentunya tidak memiliki banyak kerenah!

V – VOUGE

Wah… sentiasa menjaga penampilannya! Namun agak cerewet sedikit dan gemar mengkritik orang lain. Diakui lelaki vogue ini memiliki penampilan yang menarik dan sentiasa kelihatan kemas! Ha, jangan terkejut bila melihat jenama barangan yang dipakai! Pastinya yang mahal2 demi menjaga status.

W – WAS-WAS

‘Gunakan tanpa was-was’, sekiranya perasaan was-was timbul dalam diri adalah lebih baik kita cuba menghindarinya. Perasaan was-was timbul apabila kita menyimpan perasaan keliru dan curiga terhadap sesuatu perkara! Begitu juga seperti kita berhadapan dengan lelaki kategori ini. Persoalan was-was ini sering melibatkan soal yang berkaitan identiti dalamannya.

X – X-FILES
Misteri dan menjadi tanda tanya. Sukar untuk membongkar peribadi lelaki misteri ini kerana sikapnya yang sentiasa berubah2 dan amat sukar untuk ditafsirkan! Mungkin pasangan nya akan mudah bosan dengan sikap lelaki seperti ini kerana tingkah lakunya yang skar dijangka!

Y – YO-YO

Gemar tarik tali kerana takut terikat dengan komitmen itulah adalah erti kata terdekat untuk membongkar peribadi lelaki yo-yo ini. Kadangkala kerana sikapnya yang kurang matang menjadikan mereka sebagai individu yang takut untuk memikul tanggungjawab.

Z – ZIBRA

Memang bahaya! Lelaki zebra atau hidung belang sering melakukan perkara atas sebab2 tertentu khusus untuk kepentingan diri sendiri. Lelaki dalam kategori ini lebih dikenali sebagai kasanova!




9 comments:

nur 'adli azhari on November 21, 2009 at 6:54 PM said...

huhuhuhuhuhuhuhuhuuuuuuuu..aku? m! ngee

chokio_nia on November 21, 2009 at 9:25 PM said...

dugong nye part tu wat ain gelak..hahaha...

cik dara nye pilihan huruf mane satu??huhu

.::Cik Dara@Encik Teruna::. on November 21, 2009 at 10:47 PM said...

Nur Adli..konfem ker M@Macho??ngeeee..camner tu..

.::Cik Dara@Encik Teruna::. on November 21, 2009 at 10:49 PM said...

AIN..yer ker?Cik Dara lagi nk tergelak bila baca ulang kali..Cik Dara tk pikir pilihan huruf mana satu..Cik Dara ingat nk amik A la..Ala-Ala..

jejaka anggun on November 22, 2009 at 4:52 AM said...

yg penting jejaka anggun kategori anggun. ada?

.::Cik Dara@Encik Teruna::. on November 22, 2009 at 4:07 PM said...

JEJAKA ANGGUN..Anggun tkder..rasanya anggun tu dalam kategori Ala-Ala..

Anonymous said...

Excеllеnt goods from yоu, mаn. I've understand your stuff previous to and you'rе just too
excellеnt. I reаlly lіκе ωhat you haѵе
acquiгеԁ here, ceгtaіnlу like ωhat you аre saying and thе wау іn which уοu say
іt. You maκе it enteгtainіng
аnԁ you still tаκе cаre of to κeeρ
it sensіble. I can not waіt to reаd far moгe from уou.
Тhіs іs really а great site.

Feel fгее to surf to mу page: visit the following web page

Anonymous said...

Wе are a bunch of vοluntеeгs and starting а brаnd new
scheme in our community. Υоur sitе οffeгеd us wіth νaluablе information to worκ οn.
You have performed an imρгеssіve taѕk and our entiгe community might be thаnkful to уou.


my web ѕіte; www.prweb.com

Anonymous said...

Hi, аfteг rеading this amazing paragraph i am as well
cheerful to share my knοwledge here with colleagues.


Feel free to surf to my page :: More Tips

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2009 Grunge Girl Blogger Template Designed by Ipietoon Blogger Template
Girl Vector Copyrighted to Dapino Colada