
Dahi Jendul
Dahinya agak luas dan seolah-olah 'benjol, ke hadapan sedikit.. tapi jgn ingat orang yang berdahi jendul ini tak cantik tau! kena pada gaya rambutnya, mmg cantik..jgn asyik ikat rambut ke belakang..nanti tambah buruk pulak..tapi itu tidak penting ..si Dahi Jendol ni ada istimewa tersendiri..pemilik dahi ini mempunyai kecergasan yg tinggi..mereka juga rajin dan cekal dalam usaha untuk mencapai apa yang dihajati..mereka juga dikatakan setia pada cinta hingga boleh wat diri sendiri merana..kelemahan mereka ini ialah punya rasa percaya dan yakin diri yang sgt rendah..
Dahi Sempit
Sebahagian dahinya penuh dengan anak-anak rambut yang banyak hingga membuatkan ruang dahi nampak kecil..sifat mereka ini, sgt berdikari dan tak suka bergantung pada orang lain..Nampak saja dahi sempit tapi jiwa mereka kental..
Dahi Lebar
Wah! saiz dahi agak 'lapang' dan luas..kadangkala mereka punya bentuk muka yang kecil tapi saiz dahi membuatkan wajah mereka agak lebar di bahagian atasnya..biasanya mereka ini lebih suka bersikap pendiam dan lebih suka membuat hal sendiri saja..tapi tk bermakna mereka tidak suka berkawan,,selain itu mereka juga pakar dalam soal 'simpan-menyimpan' ni..jadi tak hairan kalau mereka ini ada banyak simpanan..
Dahi Bersegi
Si dahi bersegi ni kuat bekerja rupanya..segala kerja yg dilakukan itu pasti akan dilakukan dengan tekun sekali..mungkin sbb itu juga dia lebih menonjol dari teman-teman lain..kelemahan diri mereka pula, mereka tidak mempunyai ramai teman memandangkan sikap mereka sendiri yg suka memilih teman..hai..pilih bulu nampak??mereka juga sukar menjalinkan hubungan kemesraan dengan org lain kerana sikap mereka yg agak kaku mulakan perbualan..
Dahi Berbentuk 'M' atau 'Hati'
Si dahi ini kuat berimaginasi rupanya..pantang ada kelapangan asyik nak berangan saja..sebab itu tak hairan kalau mereka ni suka menyendiri..tapi itu tidak bermakna mereka tidak suka bergaul tapi mereka lebih 'serasi' dengan orang-orang yang sekepala dengan mereka juga..mereka juga dikatakan sgt beruntung dalam hidup..ada saja 'rezeki' mereka dapat..dah nasib badan..kelemahan mereka pula, tidak suka menjadi ketua kerana bagi mereka ia terlalu membebankan dan tidak mampu dipikul..selain itu, mereka juga 'mulut tempayan' dan sukar hendak simpan rahsia!
Dahi Dengan Juntaian Anak Rambut
Rambutnya dibiarkan berjuntaian didahinya..mereka juga dikatakan seorang teman yang bijak serta sgt pemurah..mereka juga suka memberikan pertolongan pada teman-teman yg memerlukan hinggakan kadangkala ketepikan kepentingan sendiri..kelemahan diri mereka pula, mereka agak boros dalam soal berbelanja..tak hairanlah, asyik 'over budget' saja..mereka juga sukar bersikap tegas dan lembut hati..itu menyebabkan mereka mudah dipengaruhi hingga dipergunakan org lain..





