♥Iklan Bersama Cik Dara♥

SELAPUT DARA..

Friday, September 25, 2009

Dalam istilah perubatan, Selaput Dara dikenali sebagai "Hymen". Selaput dara ini merupakan satu lipatan selaput lendir yang menutupi pintu bibir vagina perempuan. Ia telah ada sejak bayi perempuan dilahirkan. Kedudukannya adalah diantara satu atau dua cm dari bibir luar vagina dan bentuknya bulat mengikut bentuk liang vagina. Namun begitu ada juga selaput dara yang memiliki bentuk unik seperti bulan sabit ( semilunar )dan mempunyaipemisah ( septum ). Selaput ini amat tipis dan merupakan membran yang lembut. Secara biologisnya membrane ini tidak berfungsi, tetapi ia mempunyai beban yang berat kerana dinilai sebagai bukti kegadisan seorang perempuan.

Untuk pengetahuan korang jugak, bukan semua perempuan mempunyai selaput dara pada vaginanya kerana terdapat kajian yang menunjukkan ada bayi perempuan lahir tanpa selaput dara..Biarpun hanya sekadar lapisan lendir, selaput dara sangat elastic dan tidak mudah rosak. Selaput dara hanya akan pecah apabila berlakunya hubungan seksual, rawatan perubatan yang dilakukan pada liang vagina, gangguan penyakit pada saluran vagina atau kemalangan dan aktiviti berat yang mempengaruhi alat kelamin perempuan.

Adakah Malam Pertama Perlu Keluar DARAH??..Tentu sahaja TIDAK. Ini kerana selaput dara selain terdiri daripada membran yang lembut, ia juga bersifat fleksibel. Mungkin sahaja selaput dara ini melentur sehingga tidak mengeluarkan darah sewaktu melakukan hubungan SEKS buat kali pertama.

Ada juga wanita yang memiliki selaput dara yang sangat tipis berbanding wanita-wanita lain sehingga ia tidak dapat mengeluarkan darah pada saat melakukan SEKS buat kali pertama. Selain itu, fakta perubatan turut menunjukkan selaput dara hanya memiliki sedikit pembuluh darah. Semakin tipis selaput dara, semakin sedikit darah yang keluar sehingga hampir tidak kelihatan.

Bagi kaum lelaki, janganlah menilai kesucian isteri mereka melalui darah yang dikeluarkan ketika mereka mengadakan SEKS untuk kali pertama. Jangan terlalu tipikal dan kuno dalam menangani situasi ini, cubalah berfikiran lebih terbuka dan positif kerana di era millennium ini selaput dara bukanlah indicator utama dalam menentukan kesucian.

Mungkin tuduhan anda ada benarnya iaitu "isteri anda sudah tidak suci lagi". Namun mungkin juga wanita yang anda nikahi tidak mempunyai selaput dara atau daranya telah pecah disebabkan aktiviti-aktiviti harian yang telah dilakukannya. Fikirlah dengan rasional. Jangan rosakkan ikatan pernikahan dengan tuduhan melulu yang akhirnya memusnahkan rumah tangga yang dibina.

Sekian..Salam...

17 comments:

Nurimo on September 26, 2009 at 6:45 PM said...

Dara hanya beberapa saat je ,setegah orang kita sekarang tak kisah sangat,yang penting dia tahu benda tu...ok . Tulisan tuan ni satu ilmu untuk bakal yang nak jadi suami.Saya rasa tuan ni pakar pengkaji selaput dara,boleh buat duit kat Malaysia tak ramai macam tuan ni.,jadi pakar cek dara.

Tapi ingat kalau kat Iran dia dapatkan pengesahan dari pakar perubatan dulu,samada wanita yang nak cadi calon isteri ada dara atau tidak.

Ampuan Awang on September 26, 2009 at 6:58 PM said...

Salam... bagus, satu pendedahan yg baik tuk dikongsikan bersama... satu pendedahan yg berani :)

dara♥♥♥teruna on September 27, 2009 at 12:25 AM said...

Nurimo...rasanya dara nie susah nk dicheck coz ada artikel mengatakan even doctor sakit puan pun belum tentu dapat sahkan wanita tu ader dara@tidak...untuk pengetahuan Nurimo, sy bkn tuan tapi cik..blum cik puan lagi yer...

dara♥♥♥teruna on September 27, 2009 at 12:28 AM said...

saya tk katakan sume perempuan tu baik...klu ditanya laki zaman sekarang, knapa tk nk kawin, alasan nya "Susah nk cari pompuan yang ader dara nie"!!!!tapi tanya la pada diri sendiri, samada anda benar2 teruna!!boleh u jelaskan mcm mana nk tau sornag laki tu ada teruna?

dara♥♥♥teruna on September 27, 2009 at 12:29 AM said...

terima kasih Ampuan Awang..sekadar nk jelaskan kepada sekalian anda jer...

Nurimo on September 27, 2009 at 9:26 AM said...

maaf tersilap panggil tuan,ok ya, cik tidak perlu wanita Malaysia bimbang ada dara atau tidak.Orang kita sekarang bukan dulu,tak kisah sangat benda tu ,malah tidak pernah dengar wanita kena saman sebab malam pertama tiada dara. Kalau kena tangkap khalwat adalah.

Ingat ada juga undang-undang dalam sekyen berbohon/tipu lelaki,suami boleh saman kes tipu dibawah kanun keseksaan ko.

Saya pernah terbaca 2 tiga bulan lepas ada pakar kat Indonesia dia boleh jahit semula dara.
Bagi saya tak penting mana benda tu,bukannya nak pamer kat orang.

dara♥♥♥teruna on September 27, 2009 at 5:07 PM said...

klu benar ada pakar bleh jahit balik dara nie,hurmmmm mesti makin ramai cari pakar nie..nak kena siasat nie kesahihan artikel nie..mana tau bleh import pakar tu!!!

Nurimo on September 27, 2009 at 9:22 PM said...

dara dan teruna say:-

" samada anda benar2 teruna!!boleh u jelaskan mcm mana nk tau sornag laki tu ada teruna?".

Lelaki susah nak tahu ada teruna ada tidak ,kalau wanita ikut pedoman orang tua,kalau tak dara macam ni..

1.Kalau lihat buntuh jatul sikit..tak berapa pejal.
2.Tumit berkedut sebelum beusia.
3.Mudah melatah perkataan berbaun sex bila bercakap
4.Suka berkawan dengan lelaki berbading puaknya sendiri.
5.Payu dara membesar dan kendur/jatuh sikit.
6.Wajab hilang seri,nak tahu macam mana hilang seri awak lihat ketika dia duduk sorang diri tanpa make up.Maksud saya jangan lihat ketika dia sedang suka dan ada make up.Bila pakai make up susah nak kenal kerana wajab berada dalam lakonan.

Maaf ya saya kena tulis secara terbuka baru ilmu dapat disampaikan.

Nurimo on September 27, 2009 at 9:29 PM said...

Dunia hari ini ramai lelaki terpikat pada kecantitkan saja bukan dara dipersoalkan.

Yang kedua wanita bekerjaya atau berduit itu yang menjadi pilihan.Ketika kesempitan boleh pinjam duit bini

dara♥♥♥teruna on September 27, 2009 at 11:52 PM said...

rasanya untuk tau laki tkder teruna senang jer..masa dia 1st make luv tu dah sahkan dia tkder teruna..Agaknya la..i guess so..then cara cakapan dia...bila bercakap lebih ada unsur seks..klu nk kata susah untuk tau laki ader teruna sama juga susah nk tau pompuan ada dara..

deeja on September 28, 2009 at 7:23 AM said...

amboi...dara....dah macam Tok bidan pulak..hihihihi..Salam..Adilfitriii

dara♥♥♥teruna on September 28, 2009 at 6:03 PM said...

ada ciri-ciri tok bidan ker deeja..

pakcik kordi on October 3, 2009 at 11:27 AM said...

hahaha...berat entry nie....hahaha....tp ok pakcik dpt ilmu kt sini....pakcik bujang lg lor/....huhu....

abang besi on October 3, 2009 at 11:30 AM said...

assalamualikum...slam knl waks....abg besi is here too...=)hehehe...ermmmm....pakcik ordi nie ade je di mana mana..tensen ah pakcik...gi blk jaga lembu tu!!!
err....abg besi ttp teruna lg....suci lg tu!hehe,,,tgu kawen br la merasa...lalallaa...ulps!!!!

dara♥♥♥teruna on October 3, 2009 at 4:53 PM said...

PAKCIK KORDI bagusla klu bujang..sama ngan Cik Dara..bujang sgt2..berat lagi bagus..tambah ilmu...kekandang ada gak laki tk kenal pompuan btul2...Cik Dara sekadar nak bantu kaum ADAM mengenali kaum HAWA..

dara♥♥♥teruna on October 3, 2009 at 4:54 PM said...

bagusla mcm tu ABG BESI..kan bagus simpan masa kawin..ntah2 lagi best kan..sama2 cari experience..ahakksss...

Anonymous said...

hahaha...
97.99% lelaki ni leh di katakan dh x teruna..

xperlu berat2 smpai thp pernah melakukan seks..

bila pernah onani je..kire dh x teruna la tu kn... =D

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2009 Grunge Girl Blogger Template Designed by Ipietoon Blogger Template
Girl Vector Copyrighted to Dapino Colada