♥Iklan Bersama Cik Dara♥

BENAR @ TIDAK

Sunday, September 27, 2009


BENAR @ TIDAK orang kata perempuan yang tiada dara boleh kenal dari segi berikut:

~KALAU LIHAT PUNGGUNG JATUH SEDIKIT..TAK BERAPA PEJAL..~

Kepada sesiapa yang merasakan begitu sebenarnya TIDAK sama sekali..samada jatuh@tak melibatkan dara tetapi melibatkan pertambahan berat badan seseorang itu..
tidak ada kena mengena dengan ada dara @tidak..makin bertambah berat badan maka terjadi la hal jatuh@tidak pejal..

~TUMIT BERKEDUT SEBELUM BERUSIA..~

Tumit berkedut @ merekah sebelum berusia pula bukan disebabkan takder dara tapi berkaitan kekurangan air dalam badan@lebih kepada proses xerosis, iaitu kekeringan kulit yang keterlaluan..Proses nie menjadikan kulit yang tebal mudah merekah dan membentuk garisan halus..

~MUDAH MELATAH PERKATAAN BERBAUR LUCAH..~

Melatah nie biasanya berlaku tanpa kawalan @ tidak sedar mengikut perbuatan @suruhan orang lain tanpa sengaja, mengeluarkan perkataan @ membuat sesuatu secara tidak sedar kerana terperanjat..Ironinya ramai yang menyangka tabiat latah sering berlaku dalam kalangan wanita dari muda hinggalah yang tua..hakikatnya ia berlaku tanpa mengira jantina..

~SUKA BERKAWAN DENGAN LELAKI BERBANDING PUAKNYA SENDIRI..~
Perempuan suka berkawan dengan lelaki sebab lebih senang berborak berbanding dengan perempuan..Cik Dara sendiri pun lebih ramai kawan lelaki berbanding perempuan coz Cik Dara lebih selesa berborak dengan lelaki..berkawan ngan perempuan bukan Cik Dara tk suka tapi biasalah perempuan nie iri hati lebih byk dari lelaki..tapi tak semua hal boleh diborak ngan laki..ader half part kena dirahsiakan..terpulang kepada individu tu sendiri samada nk berkawan ngan perempuan @ lelaki..

~PAYUDARA MEMBESAR & JATUH SEDIKIT..~
Lagi la tak betul kenyataan ni..payudara membesar@jatuh sedikit tak berkaitan langsung dengan dara..payudara terdiri daripada kelenjar susu dan lemak..semakin bertambah berat badan makin bertambah la lemak pada payudara..payudara boleh jatuh @ luyut bila kurangnya elastin dan kolagen dalam badan..kekurangan elastin & kolagen boleh menyebabkan badan hilang ketegangan dan nampak seperti tua sebelum usia..hal nie juga boleh terjadi samada dah berkahwin@ belum berkahwin@sudah beranak@ belum beranak..

~WAJAH HILANG SERI..~

Wajah hilang seri kerana seseorang itu tidak begitu menjaga penampilan dirinya..wajah tanpa mekap up sudah cukup membuatkan wajah seseorang perempuan hilang seri..ditambah lagi dengan gaya hidup, tekanan dan cara pemakanan..sume itu boleh pengaruhi wajah seseorang...jadi TIDAK benar wajah hilang seri disebabkan tiada dara..Perempuan juga bermekap untuk nampak cantik bukan untuk berlakon...

Kesimpulannya petua orang-orang lama nie belum tentu ada benarnya..Anda tidak dapat buktinya jika anda sendiri bukan seorang WANITA dan mengalaminya sendiri...Sapa Yang Setuju Angkat Tangan Yer!!!!!!!!!!!!!

4 comments:

Nurimo on September 28, 2009 at 11:16 AM said...

Salam cik dara $ teruna,

Nampaknya cik cuba menolak 100% petua datuk nenek kita.Ingat orang tua dia makan garam terlebih dahulu.Kalau tak caya apa yang saya bagi tahu tu tanya sendiri orang tua kat kampung tu.Tapi sekarang ramai lelaki tahu petua nak tengok wanita ada dara atau tidak...cuma dia malas nak cerita je pada wanita secara terbuka takut sensetif.

Orang tua kan cara lenggang dia kenal dah you...maklumlah pengalaman dan usia menjadi lebih pengalaman.

Apa kata cik ambil petua itu secara positif dan buat kajian ada kebenarannya.Jangan tolak mentah2.

hassan on September 28, 2009 at 11:32 AM said...

Hakikatnya wanita tidak sangguh menerima petua tanpa fakta dari doktor.Tak mengapa cik dara.

Cik dara tahu tak ,kalau masak gulai ayam,kadang-kadang cepat basi..tak sempat 1 hari simpan.Tapi kalau kedai mamat 5 hari tak basi lagi.Kerana apa...DIA PAKAI PETUA ORANG TUA-TUA LA TU.

Doktor berubat orang di hospital kadang2 tak sembuh,dia kata takdsa penyakit,buat balik rumah bagi makan daun kayu kampung dan amalkan petua,sembuh pula.

INGAT PETUA ORANG TUA2,BANYAK BOLEH PAKAI CIK ADIK OI.

dara♥♥♥teruna on September 28, 2009 at 6:08 PM said...

bukan taknak amik petua tu..kekadang ada setengah hal memang petua org tua benar n mujarab tapi ada setengah petua tk beanr pun..maklumlah Cik Dara nie tk guna sangat petua org lama..setengah hal jer guna..depends pada individu samada nk pegang petua tu @ tak..

dara♥♥♥teruna on September 28, 2009 at 6:10 PM said...

zaman dulu tk maju sgt..mcm Cik Dara kata bukan semua petua org tua tk boleh pakai..dalam masakan selalunya pakai petua org2 dulu..ada hal lain pulak tak guna sangat petua org dulu2...

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2009 Grunge Girl Blogger Template Designed by Ipietoon Blogger Template
Girl Vector Copyrighted to Dapino Colada