
10 Alasan Dia Harus Nyah Daripada Hidup Kamu..
♥PENDERAAN♥
Jika si dia mendera kamu secara fizikal @ mental, ia memang tidak boleh dimaafkan..perbuatan itu juga tidak boleh dibiarkan sama sekali kerana ia akan jadi seperti satu aktiviti dan yang menjadi mangsanya adalah pompuan..oleh itu nyahkan si dia dan mulakan hidup yang baru..
♥TIDAK ADA SIFAT SALING PERCAYA♥
Si dia selalu berprasangka buruk pada kamu dan apa yang kamu lakukan..konon King Control la..Ayuh, buat apa nak peningkan kepala..Nyahkan dia juga..
♥ENGGAN MENGAKUI KESILAPAN DIRI♥
Sikap sebegini membuatkan si dia sering meletakkan kesilapannya keatas diri kamu walhal kesilapan itu berpunca daripadanya..Manusia jenis ini memang tidak boleh diberi muka langsung, menyusahkan hidup lagi ada la..
♥TERLALU EGO♥
Sikap ini membuat kamu rasa meluat dengan tingkah lakunya yang suka meninggi diri..Macam dia saja yang bagus..Kaum Adam memang terkenal ngan sikap ini, tapi orang perempuan pun apa kurangnya?Jika dapat pasangan seperti ini, cepat-cepat selamatkan diri yer..
♥PENTINGKAN DIRI DAN TIDAK BOLEH BAWA BINCANG♥
Si dia tidak pernah ambil kisah keperluan kamu..Hanya membayangkan kehendaknya sahaja..Keputusan si dia selalunya muktamad dan kamu tidak ada pilihan lain..
♥PENIPU♥
Jauhkan diri dari pasangan yang ada sifat ini..Lebih teruk lagi apabila si dia menipu dengan sengaja dan kamu dapat 'menghidunya'.. Nyampah tul..Singkirkan dia seberapa segera agar sinar bahagia menjelma..
♥CEREWET♥
Dia pasangan paling cerewet pernah kamu kenal..Ada saja komen dia mengenai kamu..Semua serba tak kena..Lama-kelamaan kamu lemas dengan caranya itu..Jangan menempah 'maut' menjalin hubungan mesra dengannya..
♥PEMALAS DAN PENGOTOR♥
Pemalas?oh, tidak..Kalau dibagi muka, nanti dia malas membersihkan barangan peribadi apatah lagi kalau disuruh kemas rumah..Sanggupkah kamu hidup dengan org sebegini?
♥KEDEKUT♥
Paling sukar untuk si dia mengeluarkan belanja..Serba-serbi kamu yang kena keluar duit dan si dia boleh buat muka selamba..
♥UNGKIT KESILAPAN♥
Si dia cukup suka mengungkit kesilapan kamu sehingga menimbulkan pergaduhan..Ini membuatkan hubungan akan jadi semakin hambar..
Jadi kamu pilih yang mana?Hidup bahagia disamping pasangan atau singkirkan saja dia?

