♥Iklan Bersama Cik Dara♥

BEZA CINTA & SUKA

Friday, April 16, 2010

Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang.
Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.

Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga.
Tapi di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja.

Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku...
Tapi jikalau kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum..

Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata...
Tapi di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja...

Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu...
Tapi di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar...

Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta...
Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka...

Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis...
Tapi bila orang yang kita suka menangis, kita akan turut membuat dia
gembira...


Perasaan cinta bermula dari mata,
Perasaan suka bermula dari telinga...
Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka, umpama kita
membuang telinga kita...
Tapi jika kita cuba menutup mata, cinta berbuah menjadi airmata

setiap orang yang akan mengalami ini dalam hidup mereka, cuma fikirkanlah
bersama-sama siapa yang anda cinta.
Tetapi, hakikatnya Cinta kepada Allah swt adalah lebih hakiki dan abadi

CINTA ibarat sebuah rumah tak perlu cantik, tak perlu mewah yg penting
kita bahagia didlmnya..
cintakan bunga, bunga akan layu
cintakan manusia, manusia akan mati
cintakan Allah ,akan kekal selamanya..



8 'C' BUAT SUAMI BENCI ISTERI

Friday, March 26, 2010


C1. CABAR

Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata “Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI… nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata…

C2. CABUL

Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua…8C Buat Suami Benci Isteri

C3. CELUPAR

Wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.

C4. COMOT

Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje… Ada isteri kata – mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun.

C5. CEMBURU

Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan… sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2…

C6. CEREWET

Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.

C7. CINCAI

Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak… anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi….

C8. CUAI

Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa.. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yg ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, bersolek, mengemas. Ini akan membuatkan mereka benci kerana situasi sebegini.

p/s: 8C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa & lalai… ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 8C tu.


PELINCIR AIR LIUR

Sunday, January 31, 2010

ADAKAH apa-apa kesan buruk jika menggunakan air liur untuk disapukan di kepala zakar ketika melakukan hubungan kelamin suami isteri? Ia bertujuan memudahkan zakar dimasukkan ke dalam faraj jika tiada air mazi di kawasan faraj isteri...

Sememangnya sejak turun menurun, nenek moyang kita menggunakan air liur sebagai bahan pelicin ketika melakukan persetubuhan apabila ‘jalan’ kesat.

Isteri boleh melembapkan pembukaan faraj dengan air liurnya dan suami boleh melembapkan penghujung ereksi sebelum didekatkan ke permukaan faraj.

Jika secara kebetulan satu daripada mereka kurang air liur, yang lagi satu boleh menggunakan air liurnya untuk melembapkan anggota kelamin untuk tujuan menyenangkan persetubuhan. Jarang protein dalam air liur menyebabkan alahan kepada kulit anggota kelamin.

Walaupun air liur itu selamat, pasangan suami isteri yang biasa menggunakan air liur tidak digalak menggunakannya sebagai pelicin jika mengalami masalah gusi atau infeksi gigi.

Selain itu, jika ada
kudis atau kayap pada mulut, mereka juga perlu elakkan menggunakannya kerana khuatir pasangan terkena jangkitan.

Air liur dapat mencairkan air mani yang pekat. Jadi untuk lelaki yang mempunyai air mani pekat yang mana sperma terperangkap di dalamnya, air liur sesuai untuk mencairkan air mani supaya sperma dapat bergerak.

Enzim pada air liur dapat membuatkan air mani pekat dan membuatkannya cair. Jadi teruskan menggunakan air liur kerana ia semula jadi dan tidak mengganggu sperma.



ZACK & MIRA

Sunday, January 3, 2010

Zack dan Mira sepupu. Tiap-tiap kali kat kampung diorang akan kongsi satu bilik. Masa tu malam raya.

Zack: Mira!

Mira: Nape Zack?

Zack: Ikut aku kat bilik tidur jap!

Mira: Jangan tarik!

Dalam bilik......

Zack: Kau tahu tak aku ni seorg lelaki yg pantang kalau tak dapat apa yg aku nak selama ni.......

Mira: Huh?

Zack: Dah tak tahan dah Mira! Cepat tanggalkan kain kau tu sekarang jugak!

Mira: Ape ni Zack??!!

Zack: Setelah sekian lama aku berkongsi bilik ngan kau Mira..aku betul-betul dah tak tahan dah ni Mira! tanggalkan cepat!

Mira: Zack nan..nan..nanti dulu.....Zack. ...

Zack: No excuse! tanggalkan skang! kau nak aku guna kekerasan??? !

Mira: Jaj..jaj..jangan buat perangai camni Zack....Mira takut... esokkan dah raya..... baru habis sebulan berpuasa....

Zack: Pasal esok nak raya lah aku suruh kau tanggalkan kain langsir kau ni!! Tiap2 tahun mesti guna kain langsir kau utk bilik ni! Aku tak kira tahun ni kain langsir aku pulak!

Mira: ce.....la... ..ka..... ..





FAKTA SEKS LELAKI

Tuesday, December 22, 2009


Lelaki Normal boleh melakukan seks sekali atau lebih dalam sehari.

- Dalam rekod kajian di FAHOM seorang lelaki Melayu mampu melakukan seks sebanyak 9 kali dalam masa 24 jam.

- Sekali pancut benih lelaki boleh mengeluarkan lebih dari 100 juta sperma

- Jika berlaku persenyawaan dari sperma yang lemah, besar kemungkinan akan berlaku keguguran pada ibu-ibu yang hamil

- Bila usia meningkat jumlah sperma yang matang akan berkurangan.

- Walaupun ada 100 juta sperma, namun hanya satu sperma sahaja boleh memasuki telur untuk disenyawakan menjadi mudigah

-Dalam kes lelaki yang mempunyai masalah tidak ada benih, azoospermia atau low sperm count kemungkinan besar, lelaki tersebut tidak berupaya menghasilkan zuriat.

- Lelaki akan merasa puas bila pancutnya air mani

- Wanita akan merasa puas bila lamanya dapat berasmara.

- Zakar satu-satunya alat kelamin lelaki yang menyeronokkan bila melakukan seks

- Seluroh tubuh wanita boleh menaikkan berahi setiap wanita dari tapak kaki hingga kehujung rambut.

- Merokok, dadah, alkohol, pil khayal dan memakan ubat-ubatan yang berpanjangan boleh melemahkan syahwat dan mengurangkan jumlah air mani sihat.

p/s~ 9 kali dalam masa 24jam??tak ker naya??


Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2009 Grunge Girl Blogger Template Designed by Ipietoon Blogger Template
Girl Vector Copyrighted to Dapino Colada