♥Iklan Bersama Cik Dara♥

KISAH LUCU 18SX

Friday, October 30, 2009



Di suatu malam yang dingin, di dalam sebuah bilik yang sederhana besar, di atas katil,sepasang suami isteri yang telah lanjut usia baru masuk tidur. Suaminya telah mula mengantuk tapi isterinya terbangkit perasaan ghairah malam itu.

Si isteri bersuara, “Dulu-dulu tu…. abang selalu pegang tangan saya bila kita nak tido.” Suaminya dengan separuh sedar, menggenggam tangan isterinya, pas tu mula mengantuk semula.

Beberapa ketika pas tu, si isteri bersuara lagi, “Kemudian tu….abang selalu cium saya.” Si suami dengan rasa terganggu, mengangkat kepalanya dan menyentuh bibirnya ke pipi si isteri. Pastu sambung tidur balik. Selepas beberapa saat, si isteri bersuara lagi, “Kemudian tu…. abang selalu gigit-gigit leher saya…….” Dengan perasaan marah dan geram, si suami melontar selimutnya dan bangun dari katil tu.

Si isteri bertanya, “Abang nak gi maner tu?” Dengan marah suaminya menjawab, “Nak gi amik gigi …!” Oleh itu..hendaklah kita menjaga kesihatan gigi dan jangan asyik cabut gigi…nanti tak leh gigit…hihi haha..Jangan Marah...



BLOG CIK DARA BERWAJAH BARU

Hello peminat blog Cik Dara..sekarang blog Cik Dara berwajah baru..Pink kaler skit..
Cik Dara lambat skit update blog Cik Dara..Cik Dara kalut ngan template sampai lupa nk update..sorry yer..




RAHSIA TAHI LALAT

Monday, October 26, 2009



~Tahi Lalat Kemerah-Merahan~

bermaksud tanda keuntungan walau dimana saja munculnya..

~Tahi Lalat Gelap~

dikatakan lebih kepada bawa malang, khususnya kalau mengubah bentuk atau besarnya..boleh bawa kepada tanda awal kanser kulit..

~Di Tepi Rambut~

bermaksud membawa kekayaaan kepada seseorang..

~Di Antara Bulu Kening~

bermaksud kebijaksanaan..

~Di Hujung Hidung~

bermaksud kekayaan anda selalu dibawah ancaman..

~Batang Hidung~

banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya..

~Hidung~

bawa rezeki..

~Di Bahagian Dalaman Telinga~

anda berbakat dan panjang umur..

~Ubun-Ubun~

kurang jujur dan tak boleh dipercayai..

~Ketiak Kanan~

pandai menyimpan rahsia..

~Ketiak Kiri~

jujur dan banyak yang sayang..

~Lutut Kanan~

bersikap tidak peduli dan pemalas..

~Lutut Kiri~

malas untuk berusaha..

~Kemaluan Kanan atau Kiri~

baik dan suka make luv..

~Kepala Kemaluan(Lelaki)~

bakal beristeri dua..

~Di Pipi Sebelah Kanan~

bermaksud kehidupan anda yang berjaya..

~Di Pipi Sebelah Kiri~

bermaksud anda rajin..

~Di Setiap Pipi~

bermaksud anda akan berjaya selepas bekerja keras..


~Kepala Sebelah Belakang~

Jujur, sabar, tekun

~Kening Sebelah Kanan~

C e r d a s d a n C e k a p

~Kening Sebelah KirI~

C e r d a s , s o p a n s a n tun

~Sudut Mata Kanan Luar~

Baik budi, ramai yang cinta

~Pipi Kanan~

Ramai teman

~Bibir Atas Kanan~

Pandai

~Bibir Atas Kiri~

Ramai kawan,baik hati

~Bibir Bawah Kanan ~

Disegani orang, ramai yang suka

~Bibir Bawah Kiri~

Pandai bicara, tak mudah mengalah

~Hujung Mulut Kiri~

Suka berfoya-foya

~Dagu Bawah Kanan~

Jujur dan baik hati

~Dagu Bawah Kiri ~

Bijaksana dan berbudi luhur

~Leher Kanan ~

Cerdas, jujur, berani menderita

~Leher kiri~

Cerdas dan banyak pengetahuan

~Leher di tengah~

Mudah tercapai apa yang dicita-citakan

~Bahu kanan~

Cermat dalam ambil keputusan,banyak tanggungan

~Bahu kiri~

Suka kerja keras, banyak tanggungjawab

~Dada kanan~

Dapat mengatasi masalah

~Dada kiri~

Berani, jujur, sabar

~Pinggang kanan ~

Bersifat penyayang pada suami atau isteri

~Pinggang kiri~

Mudah disayangi oleh suami atau isteri

~Lengan kanan ~

Setia dan taat pada golongan atasan

~Lengan kiri~

Suka bekerja dan selalu menepati janji

~Siku tangan kanan~

Bersemangat kuat untuk memiliki kejayaan

~Siku tangan kiri ~

Baik hati, suka menolong

~Telapak kaki kanan ~

Tidak mudah mengeluh, kuat berusaha, bakal terkenal

~Telapak kaki kirI~

Mempunyai budi pekerti yang baik


RAHSIA CIUMAN SUAMI

Saturday, October 24, 2009



Suka cium dahi isteri……..suami yang romantis.

Suka cium pipi isteri……..suami yang penyayang.

Suka cium mulut isteri…….suami yang gelojoh.

Suka cium tengkuk isteri……..suami yang mata keranjang.

Suka cium telinga isteri………suami yang sensitive.

Suka cium leher isteri………suami yang penyabar.

Suka cium buah dada isteri……..suami yang suka bermanja.

Suka cium tangan isteri…….suami yang hipokrit.

Suka cium ketiak isteri…….suami yang menerima isterinya seadanya.

Suka cium kemaluan isteri……suami yang pemalu.

Suka cium punggung isteri…….suami yang suka bergurau.

Suka cium kaki isteri…….suami yang terlalu menghormat isteri.

Tidak suka cium mana-mana bahagian badan isteri……suami yang mementingkan diri.

Suka cium seluruh bahagian badan isteri…….. suami yang baru balik dari outstation.


p/s: It's That True?


FOR MR RAXM

Friday, October 23, 2009


This Is For Mr Raxm For Being My 100 Follower..Thank U So Much...Pls Take This Card Yang Penuh Dengan Kasih Sayang..Ikhlas Dari Cik Dara..


10 ALASAN DIA HARUS NYAH DARI HIDUP KAMU

Thursday, October 22, 2009


10 Alasan Dia Harus Nyah Daripada Hidup Kamu..

♥PENDERAAN♥

Jika si dia mendera kamu secara fizikal @ mental, ia memang tidak boleh dimaafkan..perbuatan itu juga tidak boleh dibiarkan sama sekali kerana ia akan jadi seperti satu aktiviti dan yang menjadi mangsanya adalah pompuan..oleh itu nyahkan si dia dan mulakan hidup yang baru..

♥TIDAK ADA SIFAT SALING PERCAYA♥

Si dia selalu berprasangka buruk pada kamu dan apa yang kamu lakukan..konon King Control la..Ayuh, buat apa nak peningkan kepala..Nyahkan dia juga..

♥ENGGAN MENGAKUI KESILAPAN DIRI♥

Sikap sebegini membuatkan si dia sering meletakkan kesilapannya keatas diri kamu walhal kesilapan itu berpunca daripadanya..Manusia jenis ini memang tidak boleh diberi muka langsung, menyusahkan hidup lagi ada la..

♥TERLALU EGO♥

Sikap ini membuat kamu rasa meluat dengan tingkah lakunya yang suka meninggi diri..Macam dia saja yang bagus..Kaum Adam memang terkenal ngan sikap ini, tapi orang perempuan pun apa kurangnya?Jika dapat pasangan seperti ini, cepat-cepat selamatkan diri yer..

♥PENTINGKAN DIRI DAN TIDAK BOLEH BAWA BINCANG♥

Si dia tidak pernah ambil kisah keperluan kamu..Hanya membayangkan kehendaknya sahaja..Keputusan si dia selalunya muktamad dan kamu tidak ada pilihan lain..

♥PENIPU♥

Jauhkan diri dari pasangan yang ada sifat ini..Lebih teruk lagi apabila si dia menipu dengan sengaja dan kamu dapat 'menghidunya'.. Nyampah tul..Singkirkan dia seberapa segera agar sinar bahagia menjelma..

♥CEREWET♥

Dia pasangan paling cerewet pernah kamu kenal..Ada saja komen dia mengenai kamu..Semua serba tak kena..Lama-kelamaan kamu lemas dengan caranya itu..Jangan menempah 'maut' menjalin hubungan mesra dengannya..

♥PEMALAS DAN PENGOTOR♥

Pemalas?oh, tidak..Kalau dibagi muka, nanti dia malas membersihkan barangan peribadi apatah lagi kalau disuruh kemas rumah..Sanggupkah kamu hidup dengan org sebegini?

♥KEDEKUT♥

Paling sukar untuk si dia mengeluarkan belanja..Serba-serbi kamu yang kena keluar duit dan si dia boleh buat muka selamba..

♥UNGKIT KESILAPAN♥

Si dia cukup suka mengungkit kesilapan kamu sehingga menimbulkan pergaduhan..Ini membuatkan hubungan akan jadi semakin hambar..

Jadi kamu pilih yang mana?Hidup bahagia disamping pasangan atau singkirkan saja dia?

KALAU PEREMPUAN & LELAKI KATA..

Tuesday, October 13, 2009


KALAU PEREMPUAN CANTIK PENDIAM
LELAKI AKAN KATA: WOW! CIRI2 ISTERI IDAMAN NI..
KALAU PEREMPUAN TAK CANTIK PENDIAM
LELAKI AKAN KATA: TAK RETI BERKOMUNIKASI AGAKNYA..

KALAU PEREMPUAN CANTIK BERBUAT JAHAT
LELAKI AKAN KATA: MESTI ADA KRISIS NI, KESIANNYA..
KALAU PEREMPUAN TAK CANTIK BERBUAT JAHAT
LELAKI AKAN KATA: DAH LA TAK LAWA, PERANGAI MACAM SIAL..

KALAU PEREMPUAN CANTIK MENOLONG LELAKI DALAM KESUSAHAN
LELAKI AKAN KATA: WOW! HEROIN SEJATI..
KALAU PEREMPUAN TAK CANTIK MENOLONG LELAKI YANG KESUSAHAN
LELAKI AKAN KATA: HURM..TAKTIK NAK NGORAT LA TU..

KALAU PEREMPUAN CANTIK DAPAT LELAKI HENSEM
LELAKI AKAN KATA: OK LA, MCM PINANG DIBELAH DUA..
KALAU PEREMPUAN TAK CANTIK DAPAT LELAKI HENSEM
LELAKI AKAN KATA: KESIAN, MESTI DAH KENA BOMOH LAKI TU..

KALAU PEREMPUAN CANTIK DITINGGAL KEKASIH
LELAKI AKAN KATA: BUTA KAYU BETUL MAMAT TU!..
KALAU PEREMPUAN TAK CANTIK DITINGGAL KEKASIH
LELAKI AKAN KATA: PATUT PUN KENA REJECT..

KALAU PEREMPUAN CANTIK BAWA BMW
LELAKI AKAN KATA: MESTI ANAK ORANG KAYA..
KALAU PEREMPUAN TAK CANTIK BAWA BMW
LELAKI AKAN KATA: ENTAH, DATO' MANA BELA NI..

KALAU PEREMPUAN CANTIK TUANG AIR KAT LELAKI
LELAKI AKAN KATA: WAH! CARINGNYA...
KALAU PEREMPUAN TAK CANTIK TUANG AIR KAT LELAKI
LELAKI AKAN KATA: ELEH, GEDIK LA TU..

KALAU PEREMPUAN CANTIK BERSEDIH HATI
LELAKI AKAN KATA: DUN WORRY, I WILL MAKE U HAPPY FOREVER..
KALAU PEREMPUAN TAK CANTIK BERSEDIH HATI
LELAKI AKAN KATA: CKIT2 NANGIS, NGADA TUL..

KALAU PEREMPUAN CANTIK PANDAI MASAK
LELAKI AKAN KATA: DAH LA LAWA,PANDAI MASAK PULAK TU..
KALAU PEREMPUAN TAK CANTIK PANDAI MASAK
LELAKI AKAN KATA: TAH SEDAP KER TAK LAUK TU..

KALAU PEREMPUAN CANTIK MAIN MISKOL
LELAKI AKAN KATA: SYOKNYA..RINDU LA TU..
KALAU PEREMPUAN TAK CANTIK MAIN MISKOL
LELAKI AKAN KATA: TAKDER KEJE LAIN KER?TAU TAK ORG SIBUK..

p/s : so GUYS, betul tak?





POMPUAN ZAMAN SEKARANG MURAH?

Friday, October 9, 2009


Cik Dara terkejut sangat dengan kaum Cik Dara zaman sekarang..Cik Dara ada la buka 1 laman web sosial nie..TAGGED..yang buat Cik Dara terkejut ialah pompuan nie boleh 'jual' permata berharga dia kat sesapa jer..bukan jual dengan wang..kalau pompuan nie seksi ker tk kisah la..tapi yg wat Cik Dara kecewa pompuan nie bertudung..nampak ayu sgt..orang utara..26 thn..sebaya Cik Dara pula tu.. Cik Dara ingat kaum Teruna jer suka wat mcm tu..nie tk pompuan nie lagi dasyat.tertera no phone..tk kisah ler suami org ker, bujang ker, asal "line clear" katanya...Dia punya tagline pulak "F***** N**** Is Dahagakan Seks.."!!Fuh!!!Cik Dara bukan main teka jer tapi nie mmg dari page pompuan tu..Napa la kaum Cik Dara wat mcm tu..Cik Dara skit sebanyak mmg kecewa gak..Cik Dara tk la kata Cik Dara nie sempurna sgt..Sedih pun ada kekadang..Napa la bleh jadi mcm tu..Cik Dara tk leh hukum dia..itu antara dia dengan Allah..hanya dia yang tau apa dia wat..so lebih baik dia sendiri yg jawap..

Nauzubillah....

25 SIFAT WANITA PERANGKAP LELAKI

Monday, October 5, 2009


Terdapat pelbagai petua untuk menambat hati insan tersayang. Bagi kaum wanita, mereka sanggup melakukan apa sahaja asalkan suami atau teman lelaki tetap setia di sisi.
Di sini Cik Dara perturunkan 25 sifat yang perlu ada pada wanita supaya kaum lelaki tetap setia walaupun seribu godaan menanti mereka.
Kesemua petua ini tidak sukar untuk dipraktikkan kerana apa yang perlu anda lakukan hanyalah menonjolkan perkara positif yang ada pada diri anda supaya si dia menyedari kehadiran anda di sisinya.

~Bentuk tubuh yang menarik. Susuk tubuh hebat sememangnya menjadi dambaan lelaki. Bagi wanita yang secara semulajadi mempunyai susuk tubuh persis model, peliharalah ia supaya kekal hingga bila-bila. Bagi mereka yang terlebih montok pula, lakukan sesuatu agar susuk tubuh kembali langsing. Lelaki suka golongan wanita yang berusaha untuk tampil cantik di hadapan mereka~

~Selain bentuk tubuh, aset lain yang mampu menggegarkan hati lelaki ialah mata, punggung dan langkah yang kemas. Jangan pelik jika ada lelaki yang jatuh cinta kepada anda hanya kerana anda mempunyai jari yang runcing dan kuku yang bersih. Ini kerana selera setiap individu itu berbeza di antara satu sama lain~

~Sentiasa tersenyum apabila berbicara. Cuma jangan keterlaluan kerana nanti si dia fikir anda 'tidak sihat' pula. Bagi mereka yang mempunyai pendidikan yang lebih tinggi daripada teman lelaki atau suami, jangan pula menunjuk-nunjuk kerana lelaki sangat gemarkan wanita yang merendah diri dan tahu menghormati orang lain~

~Lemah lembut. Sifat ini cukup untuk mencairkan hati lelaki. Tapi awas, lelaki tidak suka wanita yang mengada-ngada atau menunjukkan sikap manja yang berlebihan~

~Jujurlah dengan teman lelaki atau suami anda. Si dia pasti akan menghargai anda kerana lelaki sangat suka dengan wanita yang jujur atau tidak menipu~

~Penampilan yang sederhana. Jangan keterlaluan apabila bersolek kerana kebanyakan lelaki sukakan wanita yang mempunyai kecantikan semulajadi. Paling penting, anda perlu tahu bahawa kecantikan itu sangat subjektif. Lakukan apa yang dia suka dan elakkan perkara yang tidak digemarinya~

~ Jangan perasan walaupun anda sememangnya mempunyai paras wajah yang cantik. Kalau ada orang lain yang memuji anda cantik, cukup dengan sekadar tersenyum. Si dia pasti bangga dengan sikapmu itu~

~Bermanjalah dengan si dia apabila si dia memerlukan anda bersikap sedemikian. Selalunya apabila berada di dalam situasi yang romantik, lelaki juga suka bermanja atau dimanjakan. Ketika ini anda bolehlah menunjukkan kemahiran 'manja' yang anda miliki~

~ Bijak menyesuaikan diri di dalam apa jua situasi terutama apabila berada di hadapan khalayak ramai atau di majlis-majlis rasmi. Pasti si dia tersenyum bangga melihat personalitimu itu~

~ Jangan bercakap perkara yang remeh-temeh kepada si dia. Cakaplah perkara yang penting sahaja kerana perkara remeh-temeh yang anda sampaikan itu hanya akan membuatkan si dia bosan dengan sikapmu. Lebih membuatkan si dia menyampah jika anda suka bercerita tentang perkara yang melibatkan orang lain atau lebih tepat suka mengumpat~

~ Matang apabila bersama dengannya. Lelaki tidak gemar dengan wanita yang terlalu keanak-anakan. Apatah lagi kalau anda sememangnya sudah berusia~

~ Jangan sekali-kali membandingkan si dia dengan rakan lelaki yang lain. Perkara itu hanya akan membuatkannya marah atau lebih teruk, si dia tidak akan berasa selesa bila bersama dengan anda lagi~

~Jadilah peneman si dia sama ada di waktu senang atau susah. Wanita sebegini selalunya akan menjadi sumber inspirasi atau kekuatannya apabila berhadapan dengan sesuatu masalah~

~Jadilah pendengar yang setia. Jangan sekali-kali memotong percakapannya apabila si dia sedang bercakap. Lelaki tidak suka wanita yang terlalu banyak bercakap tetapi tidak tahu mendengar apabila orang lain berbicara~

~Pandai membelai. Walaupun lelaki sinonim dengan sifat kasar, namun pada waktu tertentu mereka sangat suka apabila dibelai oleh insan yang paling dicintai~

~ Jangan terlalu suka meminta-minta, merengek atau mendesak-desak kepada lelaki. Lelaki tidak gemar wanita terlalu berkuasa di dalam sesebuah perhubungan. Jika anda sangat memerlukan sesuatu perkara, mintalah secara baik kerana lelaki selalunya mudah untuk bertolak-ansur dalam pelbagai perkara~

~ Sentiasa menunjukkan sikap prihatin terhadap teman lelaki atau suami. Apa salahnya sesekali anda menghubunginya untuk mengucapkan selamat pagi atau selamat makan tengahari kepadanya. Walaupun nampak kecil, tetapi apa yang anda lakukan memberikan impak yang cukup besar terhadap teman lelaki atau suami anda~

~ Belajar berdikari dan jangan terlalu bergantung harap pada si dia. Selalunya lelaki tidak suka melakukan perkara yang remeh kerana banyak lagi perkara lain yang lebih penting perlu mereka fikirkan. Apa salahnya anda pergi ke pasar atau membayar bil seorang diri~

~Tunjukkan kepadanya bahawa anda mempunyai prinsip hidup yang jelas. Jangan sekali-kali membiarkan lelaki mempermainkan anda. Lelaki selalunya lebih menghormati golongan wanita yang sebegini~

~ Berterus-teranglah dengan teman lelaki atau suami anda. Jangan sekali-kali menyorokkan kebenaran daripada mereka walaupun sesetengah kebenaran itu sememangnya pahit untuk ditelan~

~ Berikan sedikit kebebasan kepada si dia. Adakalanya lelaki juga mahu menghabiskan masa mereka bersama teman-teman mereka yang lain. Kalau anda boleh melakukannya, pasti si dia tidak teragak-agak untuk terus bersama anda~

~ Belajar menghormatinya. Selain dirinya, anda juga perlu bijak menjaga hati ahli keluarga serta teman-teman rapatnya. Jika ahli keluarga serta teman-temannya menyukai anda, itu merupakan satu petanda bahawa perhubungan anda akan berkekalan sampai bila-bila~

~ Jangan tunjukkan diri anda seperti seorang individu yang terlalu sempurna. Anda perlu terima hakikat bahawa di dalam dunia ini tiada seorang pun yang sempurna. Lelaki juga selalunya suka kepada wanita yang berani mengakui kelemahan dan kesilapan diri. Itu menunjukkan wanita tersebut sangat realistik dengan apa sahaja yang dilakukannya~

~ Belajarlah memasak. Apa gunanya anda menjadi seorang wanita sekiranya anda tidak pandai memasak. Tidak perlu memasak masakan yang terlalu rumit, cukuplah jika si dia mampu menelan masakan anda. Apa yang penting anda menunjukkan minat untuk belajar memasak masakan kegemarannya. Pasti si dia berbangga dengan usaha anda itu~

~ Berpendidikan. Anda tidak semestinya perlu mempunyai segulung ijazah daripada mana-mana universiti. Tetapi tonjolkan sikap individu yang mempunyai etika serta sikap yang menyenangkan apabila anda bersama si dia. paling penting sentiasa bertindak rasional dan berfikiran positif apabila anda mengalami sebarang masalah~

sumber : gua.com.my


PETUA MENJADI WANITA SEMPURNA..

Friday, October 2, 2009


Petua Menjadi Wanita Sempurna
nie khas untuk semua Wanita luar sana termasuk Cik Dara juga..Cik Dara pun kena praktik petua nie...

Hakikatnya, apakah LELAKI berbangga memiliki seorang wanita yang JELITA..Sebagai WANITA kesempurnaan bukan sekadar paras rupa kerana ia perlu ada gabungan perwatakan menarik dan keistimewaan tersendiri yang mampu menarik aura lelaki..

Petua nie mungkin sedikit sebanyak dapat membantu anda menjadi wanita yang sempurna dimata lelaki..

  • SENTIASA TERSENYUM DAN JANGAN SOMBONG APABILA BERINTERAKSI DENGAN MEREKA.
  • BERPEWATAKAN MENARIK DAN LEMAH LEMBUT..
  • JUJUR DAN SENTIASA MERENDAH DIRI..
  • LAKUKAN APA YANG DIA SUKA TAPI JANGAN PURA-PURA YER..
  • PANDAI MENARIK MINAT LELAKI BUKAN GODA LELAKI..
  • JANGAN TERLALU MENGONGKONG@QUEEN CONTROL...SIKIT2 TAKPER..
  • KETIKA BERINTERAKSI GUNAKAN BAHASA TUBUH YANG ANDA KETAHUI SEPERTI MATA DAN TANGAN..
  • JAGA PENAMPILAN ATAU PEMAKAIAN ANDA..JANGAN SELEKEH SANGAT..
  • SERING MEMBERIKAN KAD UCAPAN BUAT SI DIA YANG ANDA MINATI UNTUK MEMIKAT DIRINYA..
  • LELAKI SUKAKAN WANITA YANG BERTERUS-TERANG..JGN HIPOKRIT...
  • MASA BERBUAL, RENUNG MATANYA TAPI JANGAN SAMPAI DIA TAK SENANG DUDUK..
  • JANGAN JUAL MAHAL SANGAT...JUAL SEDANG2 JER..JGN MURAH SANGAT..
  • BIJAK MENYESUAIKAN DIRI..
  • PANDAI BERDIKARI..
  • ELAK BERCAKAP BENDA YANG TAK BERFAEDAH..
  • JADI PENDENGAR SETIA BUKAN ASIK BANGKANG JER..
  • JADI TEMAN MASA SUSAH DAN SENANG..
  • MANJAKAN LELAKI DENGAN BELAIAN DAN AYAT ROMANTIK..
  • PEKA DENGAN TARIKH PENTING DALAM HIDUPNYA..
  • HORMAT DIRINYA, KELUARGA DAN TEMAN RAPAT..
  • BERSIKAP MATANG DALAM TUTUR KATA DAN TINGKAH LAKU..
  • JANGAN TERLALU MENUNJUKKAN KEGEMBIRAAN YANG AMAT SANGAT KETIKA BERTEMU DAN BERBUAL..
  • BERSIKAP FEMININ TAPI JGN GANAS SGT...
  • JGN TUNJUKKAN ANDA TERLALU BAIK DAN SEMPURNA..TU BERLAKON NAMANYA..
  • JANGAN PERASAN ANDA JELITA K..ANGGAP BIASA JER..
  • SENTIASA SEDERHANA DAN TIDAK BOROS..
  • BERSIKAP KEIBUAAN...
  • KENALI DIRINYA TERLEBIH DAHULU...COOL K..
  • JAGA KULIT..JGN BIAR KULIT BERJERAWAT..KLU ADA MEKAP SIKIT..LELAKI PUN PANDAI-PANDAILA JAGA MUKA SAMA EK..
  • JGN BERSIKAP KUNO SANGAT..
  • JANGAN TERLALU MENGADA-GADA...LEPAS KAWIN TKPER..KLU NGADA PAS KAWIN, ANGKAT KE ATAS KATIL JER...
  • JANGAN GARANG SANGAT SAMPAI NAIK MELUAT..
Sekian diharap petua nie dapat membantu anda yer...tak cukup tanya Cik Dara lagi yer..


Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2009 Grunge Girl Blogger Template Designed by Ipietoon Blogger Template
Girl Vector Copyrighted to Dapino Colada