♥Iklan Bersama Cik Dara♥

RAHSIA PUNGGUNG..ANDA YANG MANA SATU?

Wednesday, September 30, 2009

Punggung dan paha merupakan pusat segala pergerakan badan. Ia menentukan cara kita bergerak memajukan diri kita dalam kehidupan.Terdapat 5 bentuk punggung dan paha iaitu seimbang, bulat, rata, besar dan tinggi. Yang mana satu anda??

~ Seimbang ~

Paha dan punggungnya seimbang ini tidak terlalu besar,tidak terlalu kecil, tidak terlalu bulat dan tidak terlalu rata. Pemiliknya dikatakan seorang yang tenang dan pemurah.Bakal ibu dan bapa yang baik. Seorang ibu yang sangat penyayang.Seorang bapa yang jelas pemikiran ke mana hala tuju keluarganya dan sangat berjaya dalam kerjayanya. Perjalanan hidup teratur tanpa banyakmasalah dan stabil.

~Bulat~

Individu yang mempunyai punggung yang bulat adalah seseorang yang berjiwa kental, bersemangat, pandai mengawal perbelanjaan, suka bersosiol dan boleh bergaul dengan sesiapa sahaja. Kuat mengharungi segala cabaran hidup sama ada cabaran yang baik atau yang buruk.

~Tinggi~

Punggung tinggi ke atas. Orang ini dikatakan mempunyai daya seks yang sangat tinggi. Sangat disukai ramai. Tidak kisah dengan kata-kata negatif orang lain. Hatinya tidak mudah sensitif dengan kata-kata yang diluahkan orang lain. Suka berseronok. Orang ini suka membuat sesuatu mengikut hati dan perasaan bukan fikiran menyebabkannya sukar mendapat status tinggi dalam masyarakat.

~ Besar~

Pemilik punggungbesar dan paha besar seorang yang romantik. Subur. Sihat. Penuh rasacinta. Sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai cita-cita. Ceria,pemurah dan bijak menguruskan kewangan. Baginya tidak ada yang mustahil. Segalanya boleh diatasi. Jenis ˜no problem". Sentiasa mengukur kejayaan diri dengan jumlah harta dan wang yang mampu dikumpulkan.

~ Rata~


Punggungnya rata atau hampir sama rata dengan badan. Ia melambangkan empunya diri yang lurus, bijak dan terlalu idealistik. Tidak pandai mencari peluang berniaga. Jika perempuan, ia dikatakan tidak subur dan tidak mempunyai anak lebih dari satu. Tidak mempunyai perancangan masa depan yang jelas. Terlalu berserah kepada keadaan tanpa ada insiatif untuk memajukan diri.

So...Anda Yang Mana?....


BENAR @ TIDAK

Sunday, September 27, 2009


BENAR @ TIDAK orang kata perempuan yang tiada dara boleh kenal dari segi berikut:

~KALAU LIHAT PUNGGUNG JATUH SEDIKIT..TAK BERAPA PEJAL..~

Kepada sesiapa yang merasakan begitu sebenarnya TIDAK sama sekali..samada jatuh@tak melibatkan dara tetapi melibatkan pertambahan berat badan seseorang itu..
tidak ada kena mengena dengan ada dara @tidak..makin bertambah berat badan maka terjadi la hal jatuh@tidak pejal..

~TUMIT BERKEDUT SEBELUM BERUSIA..~

Tumit berkedut @ merekah sebelum berusia pula bukan disebabkan takder dara tapi berkaitan kekurangan air dalam badan@lebih kepada proses xerosis, iaitu kekeringan kulit yang keterlaluan..Proses nie menjadikan kulit yang tebal mudah merekah dan membentuk garisan halus..

~MUDAH MELATAH PERKATAAN BERBAUR LUCAH..~

Melatah nie biasanya berlaku tanpa kawalan @ tidak sedar mengikut perbuatan @suruhan orang lain tanpa sengaja, mengeluarkan perkataan @ membuat sesuatu secara tidak sedar kerana terperanjat..Ironinya ramai yang menyangka tabiat latah sering berlaku dalam kalangan wanita dari muda hinggalah yang tua..hakikatnya ia berlaku tanpa mengira jantina..

~SUKA BERKAWAN DENGAN LELAKI BERBANDING PUAKNYA SENDIRI..~
Perempuan suka berkawan dengan lelaki sebab lebih senang berborak berbanding dengan perempuan..Cik Dara sendiri pun lebih ramai kawan lelaki berbanding perempuan coz Cik Dara lebih selesa berborak dengan lelaki..berkawan ngan perempuan bukan Cik Dara tk suka tapi biasalah perempuan nie iri hati lebih byk dari lelaki..tapi tak semua hal boleh diborak ngan laki..ader half part kena dirahsiakan..terpulang kepada individu tu sendiri samada nk berkawan ngan perempuan @ lelaki..

~PAYUDARA MEMBESAR & JATUH SEDIKIT..~
Lagi la tak betul kenyataan ni..payudara membesar@jatuh sedikit tak berkaitan langsung dengan dara..payudara terdiri daripada kelenjar susu dan lemak..semakin bertambah berat badan makin bertambah la lemak pada payudara..payudara boleh jatuh @ luyut bila kurangnya elastin dan kolagen dalam badan..kekurangan elastin & kolagen boleh menyebabkan badan hilang ketegangan dan nampak seperti tua sebelum usia..hal nie juga boleh terjadi samada dah berkahwin@ belum berkahwin@sudah beranak@ belum beranak..

~WAJAH HILANG SERI..~

Wajah hilang seri kerana seseorang itu tidak begitu menjaga penampilan dirinya..wajah tanpa mekap up sudah cukup membuatkan wajah seseorang perempuan hilang seri..ditambah lagi dengan gaya hidup, tekanan dan cara pemakanan..sume itu boleh pengaruhi wajah seseorang...jadi TIDAK benar wajah hilang seri disebabkan tiada dara..Perempuan juga bermekap untuk nampak cantik bukan untuk berlakon...

Kesimpulannya petua orang-orang lama nie belum tentu ada benarnya..Anda tidak dapat buktinya jika anda sendiri bukan seorang WANITA dan mengalaminya sendiri...Sapa Yang Setuju Angkat Tangan Yer!!!!!!!!!!!!!

SELAPUT DARA..

Friday, September 25, 2009

Dalam istilah perubatan, Selaput Dara dikenali sebagai "Hymen". Selaput dara ini merupakan satu lipatan selaput lendir yang menutupi pintu bibir vagina perempuan. Ia telah ada sejak bayi perempuan dilahirkan. Kedudukannya adalah diantara satu atau dua cm dari bibir luar vagina dan bentuknya bulat mengikut bentuk liang vagina. Namun begitu ada juga selaput dara yang memiliki bentuk unik seperti bulan sabit ( semilunar )dan mempunyaipemisah ( septum ). Selaput ini amat tipis dan merupakan membran yang lembut. Secara biologisnya membrane ini tidak berfungsi, tetapi ia mempunyai beban yang berat kerana dinilai sebagai bukti kegadisan seorang perempuan.

Untuk pengetahuan korang jugak, bukan semua perempuan mempunyai selaput dara pada vaginanya kerana terdapat kajian yang menunjukkan ada bayi perempuan lahir tanpa selaput dara..Biarpun hanya sekadar lapisan lendir, selaput dara sangat elastic dan tidak mudah rosak. Selaput dara hanya akan pecah apabila berlakunya hubungan seksual, rawatan perubatan yang dilakukan pada liang vagina, gangguan penyakit pada saluran vagina atau kemalangan dan aktiviti berat yang mempengaruhi alat kelamin perempuan.

Adakah Malam Pertama Perlu Keluar DARAH??..Tentu sahaja TIDAK. Ini kerana selaput dara selain terdiri daripada membran yang lembut, ia juga bersifat fleksibel. Mungkin sahaja selaput dara ini melentur sehingga tidak mengeluarkan darah sewaktu melakukan hubungan SEKS buat kali pertama.

Ada juga wanita yang memiliki selaput dara yang sangat tipis berbanding wanita-wanita lain sehingga ia tidak dapat mengeluarkan darah pada saat melakukan SEKS buat kali pertama. Selain itu, fakta perubatan turut menunjukkan selaput dara hanya memiliki sedikit pembuluh darah. Semakin tipis selaput dara, semakin sedikit darah yang keluar sehingga hampir tidak kelihatan.

Bagi kaum lelaki, janganlah menilai kesucian isteri mereka melalui darah yang dikeluarkan ketika mereka mengadakan SEKS untuk kali pertama. Jangan terlalu tipikal dan kuno dalam menangani situasi ini, cubalah berfikiran lebih terbuka dan positif kerana di era millennium ini selaput dara bukanlah indicator utama dalam menentukan kesucian.

Mungkin tuduhan anda ada benarnya iaitu "isteri anda sudah tidak suci lagi". Namun mungkin juga wanita yang anda nikahi tidak mempunyai selaput dara atau daranya telah pecah disebabkan aktiviti-aktiviti harian yang telah dilakukannya. Fikirlah dengan rasional. Jangan rosakkan ikatan pernikahan dengan tuduhan melulu yang akhirnya memusnahkan rumah tangga yang dibina.

Sekian..Salam...

TERUNA @ DARA ZAMAN SEKARANG...

Assalamualaikum..Cik Dara nie bkn kaki kutuk@mami jarum@mami jarum junior@minah kepoh tapi Cik Dara nie saja nak mengkomen kisah Dara @ Teruna or Lelaki @ Wanita...Alkisahnya Cik Dara akan mula ceritakan apa itu 'DARA'..Dara nie hanya ada pada Wanita...Dara nie terlalu mahal, tak ternilai harganya pada soerang Wanita..tapi kenapa zaman sekarang DARA nie seolah tak berharga, jadi terlalu murah..Entah la...Kejutan budaya kot...terpengaruh dengan banyak anasir luar...

Kepada Teruna yang diluar sana, korang paham ker apa itu "DARA"?Maksud, rupa atau apa saja...Kenapa Lelaki sekarang terlalu cepat mengandaikan sekiranya "MALAM PERTAMA, TAK KELUAR DARAH" maknanya Wanita tu takder "DARA"...Dah tak suci..Korang tau ker"DARA"tu apa..Jangan main andaian sendiri jer..so..untuk fahamkan lagi korang, Cik Dara akan terangkan yer..Sabar k...

WELCOME BACK...

Tuesday, September 22, 2009

Hari nie blog Dara@Teruna dah direnovate..ditukar template dan font..sekadar nk cantikkan bagi happy mata memandang...Blog nie lebih kepada perihal Si Dara dan Si Teruna..mcm tagline Dara@Teruna.."Bukan Mengutuk@ Mengata..Saja suka-suka..

Sekadar nak memahami perihal Lelaki dan Wanita..Nak Tahu Apa Perihal Tu Kena la Tunggu Next Post yer..Kalau rasa "18sx" Jangan Tengok Blog ni yer...

Kalau rasa tak 18sx..Jangan Lupa Follow Setiap Entry Blog nie..CONFIRM best...

♥♥♥SaLaM LeBaRan♥♥♥

Saturday, September 19, 2009

Salam Aidilfitri dari Dara@Teruna..jika memandu pulang ke kampung halaman, berhati-hati di jalanraya..jangan pecut-pecut k..bawak kenderaan dengan berhemah k..Luv u All...

Terimalah kad nie yer..tanda perkenalan...

♥♥♥CaRd FrOm KenGkaWaN♥♥♥

Friday, September 18, 2009



ENCIK TUE..

MISS SARA...

♥♥♥LoVe Is♥♥♥

Wednesday, September 9, 2009

Love is patient, love is kind. It has no envy, nor it boasts itself and it is never proud. It rejoices over the evil and is the truth seeker. Love protects; preserves and hopes for the positive aspect of life. Always stand steadfast in love, not fall into it. It is like the ream of your matter of affection coming true.

Love can occur between two or more individuals. It bonds them and connects them in a unified link of trust, intimacy and interdependence. It enhances the relationship and comforts the soul. Love should be experienced and not just felt.

The depth of love can not be measured. Look at the relationship between a mother and a child. The mother loves the child unconditionally and it can not be measured at all. A different dimension can be attained between any relationships with the magic of love. Love can be created. You just need to focus on the goodness of the other person. If this can be done easily, then you can also love easily. And remember we all have some positive aspect in us, no matter how bad our deeds maybe.

Be together, share your joy and sorrow, understand each other, provide space to each other, but always be there for each others need. And surely love will blossom to strengthen your relationship with your matter of affection.

♥♥♥LoVe PoEm♥♥♥


A special world for you and me
A special bond one cannot see
It wraps us up in its cocoon
And holds us fiercely in its womb.

Its fingers spread like fine spun gold
Gently nestling us to the foldLike silken thread it holds us fast
Bonds like this are meant to last.

And though at times a thread may break
A new one forms in its wake
To bind us closer and keep us strong
In a special world, where we belong

♥♥♥LoVe♥♥♥


TRUE LOVE DOESN'T HAVE A HAPPY ENDING BECAUSE TRUE LOVE NEVER ENDS

YOU CAN FALL FROM A BRIDGE, YOU CAN FALL FROM ABOVE, BUT THE BEST WAY OF FALLING, IS FALLING IN LOVE..RIGHT?



Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2009 Grunge Girl Blogger Template Designed by Ipietoon Blogger Template
Girl Vector Copyrighted to Dapino Colada