♥Iklan Bersama Cik Dara♥

10 ALASAN DIA HARUS NYAH DARI HIDUP KAMU

Thursday, October 22, 2009


10 Alasan Dia Harus Nyah Daripada Hidup Kamu..

♥PENDERAAN♥

Jika si dia mendera kamu secara fizikal @ mental, ia memang tidak boleh dimaafkan..perbuatan itu juga tidak boleh dibiarkan sama sekali kerana ia akan jadi seperti satu aktiviti dan yang menjadi mangsanya adalah pompuan..oleh itu nyahkan si dia dan mulakan hidup yang baru..

♥TIDAK ADA SIFAT SALING PERCAYA♥

Si dia selalu berprasangka buruk pada kamu dan apa yang kamu lakukan..konon King Control la..Ayuh, buat apa nak peningkan kepala..Nyahkan dia juga..

♥ENGGAN MENGAKUI KESILAPAN DIRI♥

Sikap sebegini membuatkan si dia sering meletakkan kesilapannya keatas diri kamu walhal kesilapan itu berpunca daripadanya..Manusia jenis ini memang tidak boleh diberi muka langsung, menyusahkan hidup lagi ada la..

♥TERLALU EGO♥

Sikap ini membuat kamu rasa meluat dengan tingkah lakunya yang suka meninggi diri..Macam dia saja yang bagus..Kaum Adam memang terkenal ngan sikap ini, tapi orang perempuan pun apa kurangnya?Jika dapat pasangan seperti ini, cepat-cepat selamatkan diri yer..

♥PENTINGKAN DIRI DAN TIDAK BOLEH BAWA BINCANG♥

Si dia tidak pernah ambil kisah keperluan kamu..Hanya membayangkan kehendaknya sahaja..Keputusan si dia selalunya muktamad dan kamu tidak ada pilihan lain..

♥PENIPU♥

Jauhkan diri dari pasangan yang ada sifat ini..Lebih teruk lagi apabila si dia menipu dengan sengaja dan kamu dapat 'menghidunya'.. Nyampah tul..Singkirkan dia seberapa segera agar sinar bahagia menjelma..

♥CEREWET♥

Dia pasangan paling cerewet pernah kamu kenal..Ada saja komen dia mengenai kamu..Semua serba tak kena..Lama-kelamaan kamu lemas dengan caranya itu..Jangan menempah 'maut' menjalin hubungan mesra dengannya..

♥PEMALAS DAN PENGOTOR♥

Pemalas?oh, tidak..Kalau dibagi muka, nanti dia malas membersihkan barangan peribadi apatah lagi kalau disuruh kemas rumah..Sanggupkah kamu hidup dengan org sebegini?

♥KEDEKUT♥

Paling sukar untuk si dia mengeluarkan belanja..Serba-serbi kamu yang kena keluar duit dan si dia boleh buat muka selamba..

♥UNGKIT KESILAPAN♥

Si dia cukup suka mengungkit kesilapan kamu sehingga menimbulkan pergaduhan..Ini membuatkan hubungan akan jadi semakin hambar..

Jadi kamu pilih yang mana?Hidup bahagia disamping pasangan atau singkirkan saja dia?

4 comments:

chokio_nia on October 22, 2009 at 4:37 AM said...

aku ske point no 2 tu..memang btol..kalo tak caye, mang tak kemane la hubungan..huhu

Anonymous said...

kalau hati dah tersayang orang camni, payah gak nak nyahkan mereka... yelah, tgh bercinta2an... kentot pon berbau teratai!!!


>>> mtk djauhkan dpd llki2 spt ini

.::Cik Dara@Encik Teruna::. on October 22, 2009 at 5:03 PM said...

Chokio_Nia..tkder percaya mmg tk kemana la hubungan tu..

.::Cik Dara@Encik Teruna::. on October 22, 2009 at 5:07 PM said...

Rizwan's Sweetheart, Cik Dara sendiri penah bercinta ngan laki mcm nie..cayalah, payah mcm mana pun, kena nyahkan juga..bila dpt nyahkan kita akn rasa satu perasaan bebas sgt drpd laki mcm nie..rasa heppi..now laki tu skang nie masih lagi kejar Cik Dara..padan muka dia..

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2009 Grunge Girl Blogger Template Designed by Ipietoon Blogger Template
Girl Vector Copyrighted to Dapino Colada